Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 17 Julai 2020

Skuad Lang Merah teruja ingin bertemu Sanusi

Aidil Sharin Sahak. - Foto Rasul Azli Samad

ALOR SETAR: Skuad Lang Merah bimbingan Aidil Sharin Sahak teruja untuk bertemu dengan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor dan naib presiden, Radhi Mat Din.

Aidil Sharin berkata skuadnya bersyukur dan kini lebih bersemangat dalam menjalani latihan Fasa 2 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Stadium Darul Aman sebaik saja proses pemilihan kepimpinan baharu itu selesai hujung minggu lalu.

"Semua pemain kini lebih bersemangat dan bermotivasi dalam menjalani sesi latihan yang diadakan selepas pemilihan presiden dan naib presiden baharu pada Kongres Luar Biasa KFA, Ahad lalu.

"Namun kami masih menanti untuk bertemu dengan kepimpinan tertinggi baharu ini bagi mendapatkan kata-kata perangsang dan semangat dalam pada kami membuat persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M).

"Pemain juga bertanyakan saya mengenai perkembangan terbaru berkaitan pasukan selepas perubahan kepimpinan yang mana mereka juga mengikuti rapat perkembangan yang mungkin akan diumumkan pengurusan nanti," katanya.

Aidil berkata selain teruja menanti perkembangan baharu apabila bertemu pemimpin KFA itu, pemain tetap meneruskan usaha dan tekad menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang menjalani latihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan