Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 25 Julai 2020

Skuad Kuching FA kena kuarantin


SEMUA pemain, pengurusan serta staf kejurulatihan kelab Kuching FA diarah menjalani kuarantin diri di rumah susulan seorang rakan sepasukan disahkan positif Covid-19.

Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (KDFA), Fazzruddin Abdul Rahman berkata, ia sebagai langkah keselamatan pemain serta keluarga masing-masing.

Beliau berkata, pejabat KDFA juga sudah ditutup dan menjalani proses sanitasi, semalam.

"Sepanjang tempoh kuarantin 14 hari itu, mereka diarah diasingkan dengan ahli keluarga," katanya tanpa mendedahkan pemain yang positif itu ketika dihubungi.

Berdasarkan kenyataan di laman Facebook rasmi KDFA, seorang pemain kelab itu yang juga kakitangan Hospital Sentosa disahkan positif Covid-19.

Pemain terbabit dipercayai dipercayai dijangkiti wabak berkenaan daripada rakan setugasnya yang disahkan positif sebelum ini.

Sebahagian besar kakitangan hospital berkenaan yang kini diklasifikasikan sebagai Kluster Sentosa disahkan positif Covid-19 selepas saringan dibuat terhadap mereka.

Menurut jurucakap KDFA itu lagi, pihaknya sentiasa menekankan kepada kepatuhan dengan setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam aktiviti latihan harian mereka.

"Justeru, kesemua aktiviti latihan kami diberhentikan sementara waktu selaras dengan panduan dan arahan daripada pihak berkuasa demi keselamatan pemain dan masyarakat," katanya.

Kuching FA muncul naib juara bagi saingan Liga M3 pada 2018 dan kini beraksi dalam saingan Liga Premier 2020.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan