Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 25 Julai 2020

Semua ada peluang terpilih


MAJORITI pemain skuad bawah 19 (B-19) tahun negara termasuk tonggak yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal dijangka dipanggil pada sesi latihan fasa kedua yang dijadual berlangsung minggu pertama Ogos ini sebagai persiapan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan, Oktober depan.

Jelas pengendali pasukan, Brad Maloney, beliau berpuas hati dengan perkembangan positif 30 pemain yang dipanggil dalam fasa pertama ini dan mengakui akan terus memberi peluang kepada pemain untuk menunjukkan kemampuan masing-masing.

Katanya, jumlah hampir sama dan kemungkinan beberapa muka baharu turut akan disenaraikan sebelum senarai akhir diumumkan September nanti.

"Majoriti pemain akan dipanggil. Mungkin 30 pemain atau lebih besar lagi jumlah pemain yang akan mengikuti latihan bagi memberi peluang seluas-luasnya untuk buktikan kemampuan yang mereka layak berada dalam senarai akhir.

"Malah, mereka (Wan Kuzri) turut berada dalam perancangan dan dia juga sudah lakukan yang terbaik sejak sertai latihan pasukan dan bagi saya banyak perkara positif diberikan dan kita mahu melihat mereka di fasa berikutnya," katanya.

Sementara itu, Maloney enggan tergesa-gesa untuk memanggil pemain kacukan Malaysia-Jerman, Joshua Johan Bechler yang sebelum ini menyatakan minat untuk bersama skuad negara.

Jelasnya, buat masa ini nama pemain yang beraksi bersama skuad remaja Rot-Weiss Frankfurt itu tidak berada dalam perancangannya ketika ini.

"Satu perkembangan yang hebat apabila pemain muda Malaysia mahu menyertai pasukan ini (skuad B-19) tetapi ini adalah pasukan kebangsaan dan pemilihan dibuat berdasarkan merit.

"Dia memang berada dalam radar kita sejak tahun lalu. Kita mahu melihat video penuhnya beraksi tetapi tiada siapa yang dapat membekalkan kita dengan maklumat itu. Jadi, namanya tiada dalam pertimbangan kita buat masa ini," katanya.

Di Uzbekistan nanti, skuad negara diletakkan dalam Kumpulan D bersama-sama bekas juara, Qatar dan dua pasukan sedang meningkat naik iaitu Tajikistan dan Yaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan