Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 25 Julai 2020

Bukan mudah wujudkan Universiti Sukan


UNTUK membina sebuah Universiti Sukan di Malaysia bukan semudah ABC kerana ia memerlukan satu perancangan dan kajian yang teliti.

Segala aspek perlu diteliti terutama membabitkan mata pelajaran dan kursus yang ditawarkan itu adakah relevan atau tidak dengan keadaan semasa.

Adakah pelajar yang sudah menamatkan pengajian di universiti sukan itu nanti akan mudah mendapat pekerjaan berdasarkan kursus yang diambil dan adakah anda pasti tiada lambakan graduan selepas mereka menamatkan pelajaran.

Sudah pasti apabila sesebuah universiti dibuka ia tidak terhad hanya kepada atlet, pasti orang ramai juga boleh memohonnya namun sejauh manakah keperluannya pekerjaan terhadap kursus yang diambil selepas mereka tamat belajar.

Itu antara persoalan yang dilontarkan oleh bekas pelajar Universiti Malaya dan juga bekas pelumba kebangsaan, Sayuti Zahit.

Sayuti yang kini menjadi Pengurus Pasukan kepada Team Sapura Cycling (TSC) berkata, Universiti Sukan bukan satu cadangan yang baik kerana ia dilihat tidak relevan ketika ini.

"Mengapa saya cakap ia tidak relevan. Pertama kos untuk membina universiti ini adalah besar. Kedua atlet tidak ramai.

"Ketiga, universiti lain yang ada ketika ini mempunyai banyak falkulti dan atlet bebas untuk membuat pilihan kursus yang mereka minati berbanding kursus terhad ditawarkan di universiti sukan dan keempat kerjasama antara pelajar juga akan menjadi terbatas jika ada universiti sukan.

"Itu adalah pandangan saya. Jika dilihat sekarang ini pun ramai pelajar yang menamatkan pelajaran namun tidak mempunyai pekerjaan. Tapi kalau ikut pengalaman saya, atlet yang menamatkan pelajaran di universiti akan mudah mendapat kerja selepas keluar universiti jadi tiada bezanya universiti sukan atau universiti tempatan yang lain," katanya.

Begitupun perlu ramai juga atlet yang layak menyambung pelajaran namun memilih untuk tidak berbuat demikian.

Justeru tegas Sayuti, apa yang penting ketika ini jika mahu melihat atlet itu berjaya di masa hadapan adalah dibimbing dengan tepat.

"Bagi saya, kita sudah mempunyai banyak sekolah sukan yang menjalinkan kerjasama dengan universiti tempatan selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Contohnya SSTMI (Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail) mereka berkerjasama dengan UTM (Universiti Teknologi Malaysia).

"Manakala SSBJ (Sekolah Sukan Bukit Jalil) pula bekerjasama dengan UPM (Universiti Putra Malaysia), UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), UM dan lain-lain lagi.

"Landasan ini bagi saya sudah cukup cantik kerana atlet sudah tahu hala tuju dan apa yang mereka inginkan selepas tamat belajar nanti," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan