Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 26 Julai 2020

Sayang isteri daripada Kasut Emas


"SAYA sayang isteri saya lagi daripada Kasut Emas."

Kata bekas pemenang Anugerah Penjaring Terbanyak Liga Malaysia (Liga-M) 2002, Khalid Jamlus yang merekodkan 17 gol pada musim itu.

Kehebatannya di depan gawang cukup digeruni dan kejayaan memenangi kasut emas itu dilihat cukup luar biasa di mana dia juga perlu bersaing dengan barisan penyerang import ketika itu.

Bagaimanapun, ekoran kesempitan hidup selepas tiga tahun tidak melatih mana-mana pasukan, bekas ayam tambatan skuad The Bos Gaurus itu terpaksa melelong medal, jersi dan Kasut Emas miliknya bagi meneruskan kehidupan.

Ketika Arena Metro berkesempatan menemuinya pada Sesi Bertemu Peminat KJ25 (Khalid Jamlus 25) semalam, dia mengakui tidak berasa kesal menjual Kasut Emas itu di mana keutamaannya adalah membantu keluarga.

Katanya, anugerah berkenaan memang ada nilai sentimental dan tidak semua berpeluang memilikinya, malah ada juga peminat yang menasihatkan supaya tidak menjualnya.

"Kalau tanya tak sayang ke Kasut Emas itu, lebih baik saya sayang isteri saya lagi.

"Memang ia (anugerah) susah nak dapat lebih-lebih lagi masa 2002 itu Liga Malaysia juga ada pemain import. Cuba awak tengok balik rekod-rekod pemenang, ada tak pemain tempatan yang menang (Kasut Emas) ketika pemain import juga bermain dalam liga kita.

"Kalau ada pun pemain tempatan yang menang, itu ketika liga kita tutup pintu buat pemain import. Bukan senang nak dapatkan, dan ia cukup sentimental bagi saya.

"Tapi saya perlu lepaskan juga demi mendapatkan kehidupan lebih bermakna bersama keluarga tersayang," katanya yang pernah beraksi bersama beberapa pasukan gergasi selain Perak seperti Selangor dan Kelantan.

Semalam, menerusi laporan akhbar ini, Khalid mendedahkan harga sebenar Kasut Emas Khalid yang berjaya dilelong dengan harga RM99,999.

Pembeli yang dikenali sebagai 'Tuah Nice' adalah rakyat tempatan yang kini berada di Australia dan dijangka pulang ke tanahair pada September ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan