Sanusi: Kedah berunding dengan tiga syarikat besar
Presiden Kedah FA, Sanusi Md Nor mendedahkan pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan tiga syarikat besar sebagai usaha untuk menyelesaikan krisis kewangan yang dihadapi persatuan itu ketika ini.
Ini selepas Sanusi mendedahkan bagaimana Kedah menanggung hutang sebanyak RM10.6 juta, meliputi soal tunggakan gaji pemain tetapi juga melibatkan tunggakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan penyedia tiket pengangkutan pasukan.
Bagaimanapun, perkara itu masih dalam perbincangan.
“Saya tak boleh umum lagi kerana rundingan belum dapat diselesaikan lagi.,” kata Sanusi kepada Bernama.
“Sekurang-kurangnya mereka dapat bantu kita keluar dari kemelut kewangan yang sedang dihadapi oleh KFA dan kita sedang berusaha keras untuk itu.
“Berdasarkan situasi semasa, penonton tak boleh masuk stadium, hanya boleh tengok secara dalam talian. Jadi benda-benda ini yang perlu diambil kira oleh penaja. Saya faham keadaan ini dan saya berterima kasih kepada penaja yang sedia menghulurkan sumbangan bakti menaja pasukan Kedah.”
Justeru, Sanusi kekal dengan pendiriannya untuk tidak menggunakan wang kerajaan negeri.
“Usaha-usaha jumpa orang, cari orang perniagaan, cari orang ada duit untuk menyumbang kita sedang buat.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan