Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 27 Julai 2020

Pulau Pinang mula membayar tunggakan yang meliputi gaji bulan April hingga ke Jun kepada semua kakitangan dan pemain pada pertengahan bulan ini.

Pulau Pinang mula bayar tunggakan gaji sebanyak RM12 juta



Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, Dr Amar Pritpal Abdullah mengesahkan pihaknya sudah mula menyelesaikan tunggakan gaji sebanyak RM12 juta.

Tunggakan yang meliputi gaji bulan April hingga ke Jun mula dibayar kepada semua kakitangan dan pemain pada pertengahan bulan ini.

“Kita juga amat optimis dan positif dengan pencapaian skuad Harimau Kumbang, yang sudah memenangi dua perlawanan, dua seri dan tinggal baki tujuh perlawanan sahaja lagi,” katanya kepada Bernama.

“Jika prestasi mereka bagus, tidak mustahil pasukan Pulau Pinang akan ke Liga Super.”

Berkenaan dengan sesi latihan, Dr Amar berkata pemain dihadkan kepada 10 orang setiap sesi latihan di padang dan mereka terpaksa mengadakan tiga sesi berbeza.

“Ketika PKP, pasukan turut menjalani program kecergasan yang dilakukan oleh jurulatih dan kini tahap kecergasan mereka berada di tahap 80 peratus.

“Mereka dilihat lebih bersedia untuk mengharungi beberapa perlawanan liga pada masa akan datang dan diharap mereka dapat terus tingkatkan momentum.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan