Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 27 Julai 2020

Pemain berusia 17 tahun itu merupakan salah seorang pemain NFDP yang membuat keputusan untuk menyertai JDT pada musim ini.

Umar Hakeem: Saya banyak belajar di JDTII




Umar Hakeem Suhar Redzuan mengakui banyak menimba pengalaman sepanjang berada di JDTII.

Pemain berusia 17 tahun itu merupakan salah seorang pemain NFDP yang membuat keputusan untuk menyertai JDT pada musim ini.

Sejak itu, beliau menganggap JDTII mempunyai ramai pemain berkualiti dan mereka menjadi panduan buatnya untuk meningkatkan lagi tahap keupayaan diri.

Ia juga membantu Umar untuk terpilih dalam sesi latihan fasa pertama skuad kebangsaan B-19 menjelang Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan.

“Dekat JDTII banyak pemain-pemain yang dah matang, umur dah meningkat naik, maksudnya semua pemain-pemain sudah ada pengalaman yang tinggi,” katanya kepada Berita Harian.

“Jadi bila saya berlatih dengan mereka banyak benda saya belajar untuk terapkan di skuad B-19.”

Umar juga menganggap rakan sepasukannya dalam skuad B-19 mempunyai keupayaan tersendiri dan menunjukkan peningkatan.

“Kebanyakan pemain makin matang, separuh daripada pasukan banyak main dalam pasukan utama di negeri masing-masing dan banyak belajar.

“Ini perkembangan yang positif dalam pasukan dan saya yakin kami akan terus meningkat apabila bermulanya latihan fasa kedua pada bulan depan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan