
PRESIDEN Persekutuan Bolasepak Bolivia (FBF), Cesar Salinas meninggal dunia sejak dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 awal bulan ini.
Badan induk itu mengesahkan kematian itu dalam satu kenyataan yang mengimbau 'dedikasi dan komitmen terhadap negara dan bola sepak antarabangsa.'
Salinas, 58, memegang mengetuai FBF sejak 2018.
Beliau juga adalah pengarah The Strongest di La Paz iaitu kelab bola sepak di Bolivia yang berusia 100 tahun.
Isterinya, yang juga ketua kelab terbabit, sebelum ini juga disahkan positif Covid-19.
"Salam takziah kepada keluarga dan sahabat Presiden Persekutuan Bolasepak Bolivia, Cesar Salinas.
"Mereka semua mendapat sokongan dari saya sepanjang tempoh sukar ini," jelas Presiden sementara Bolivia, Jeanine Anez melalui Twitter.
Salinas sebelum ini mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa bagi menyambung semula saingan bola sepak di Bolivia selepas ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.
Bolivia mencatatkan sebanyak 58,136 kes dengan 2,106 kematian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan