Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 29 Julai 2020

PJ City kena denda RM30,000


SITUASI malang melanda pasukan PJ City selepas mereka perlu menjelaskan RM30,000 berikutan gagal menyediakan venue menentang Terengganu FC (TFC) pada 14 Mac lalu sekali gus perlawanan terbabit terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain.

Malah, sikap sambil lewa PJ City untuk memastikan proses baik pulih Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) siap pada tempoh yang ditetapkan selain gagal mencari beberapa venue lain, turut menjadi 'penyumbang' kepada hukuman terbabit supaya tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.

Perkara terbabit dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan apabila hukuman yang dikenakan kepada PJ City sudah diputuskan menerusi mesyuarat Ahli Lembaga awal bulan lalu.

Beliau berkata, selain didenda, pasukan berkenaan turut diberikan amaran keras supaya tidak mengulangi lagi kesilapan sama sekali gus boleh dikenakan hukuman lebih berat lagi.

"Seperti sedia maklum, PJ City sudah dikenakan denda oleh Ahli Lembaga MFL apabila didapati gagal menyediakan venue sebelum perlawanan menentang TFC berlangsung.

"Perkara terbabit menjadi iktibar kepada pasukan lain supaya tidak memandang remeh isu berkaitan venue kerana ia boleh menjejaskan semua pihak dan menyebabkan perlu mengubah tarikh perlawanan Liga Malaysia (Liga-M)," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan MFL meluluskan permohonan daripada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menunda aksi keempat Liga Super antara PJ City menentang TFC.

Keputusan itu dibuat selepas MFL mengadakan perbincangan dengan TFC dan PJ City FC bagi memastikan perlawanan berjalan seperti biasa namun selepas pelbagai usaha dilakukan, masalah venue perlawanan masih tidak dapat diselesaikan.

PJ City FC berdepan masalah venue apabila gelanggang tuan rumah yang didaftarkan iaitu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) masih lagi dalam proses baik pulih padang manakala beberapa venue lain juga tidak dapat digunakan.

Cadangan untuk menukar venue perlawanan ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu dengan TFC menjadi pasukan tuan rumah pula tidak dapat dilakukan berikutan pasukan TFC sudah membuat tempahan tiket penerbangan dan penginapan bagi menghadapi perlawanan berkenaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan