Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 29 Julai 2020

PJ City didenda RM30,000


Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan. - NSTP/Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: PJ City didenda RM30,000 kerana gagal menyediakan venue menentang Terengganu FC (TFC) pada 14 Mac lalu sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata, hukuman yang dikenakan ke atas PJ City diputuskan dalam mesyuarat Ahli Lembaga awal bulan lalu.

Menurutnya selain didenda, pasukan berkenaan turut diberikan amaran keras supaya tidak mengulangi kesilapan yang boleh menyebabkan hukuman lebih berat dikenakan.

"PJ City sudah dikenakan denda oleh Ahli Lembaga MFL apabila didapati gagal menyediakan venue sebelum perlawanan menentang TFC berlangsung.

"Perkara terbabit menjadi iktibar kepada pasukan lain supaya tidak memandang remeh isu berkaitan venue kerana ia boleh menjejaskan semua pihak dan menyebabkan perlu mengubah tarikh perlawanan Liga Malaysia (Liga-M)," kata Ab Ghani.

PJ City FC berdepan masalah venue apabila gelanggang tuan rumah yang didaftarkan - Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) masih lagi dalam proses baik pulih padang manakala beberapa venue lain juga tidak dapat digunakan.

Cadangan untuk menukar venue perlawanan ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu dengan TFC menjadi pasukan tuan rumah pula tidak dapat dilakukan berikutan pasukan TFC sudah membuat tempahan tiket penerbangan dan penginapan bagi menghadapi perlawanan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan