Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 26 Julai 2020

Khalid dalam dilema

KHALID ketika sesi bersama peminat di Cafe Bonda Bangi. FOTO Eizairi Shamsudin

BEKAS pemain kebangsaan, Khalid Jamlus mendedahkan dia kini berbelah bahagi sama ada untuk menerima tawaran sebagai jurulatih di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang atau mencari pasukan di Lembah Klang.

Jelas Khalid, hasil pertemuan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal tempoh hari, dia terus dihubungi oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Dalam perbincangan itu, bekas pemenang kasut emas Liga Malaysia musim 2002 itu ditawarkan jawatan membimbing skuad elit AMD yang juga kilang melahirkan pemain muda berbakat negara.

Bagaimanapun, Khalid mengakui berada dalam dilema kerana jika dia menerima tawaran berkenaan, dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya yang menetap di Lembah Klang.

"Saya diberi tawaran oleh Datuk Shapawi untuk ke Pahang (AMD). Tetapi saya masih fikirkan kerana dulu (ketika bergelar pemain profesional) saya kerap tinggalkan anak dan isteri selama dua ke tiga tahun untuk bermain bola.

"Bila dah usia begini, saya perlu fikirkan secara mendalam kerana saya tak mahu lagi berjauhan dengan mereka. Mungkin pilihan yang lebih baik, saya harap ada pasukan di Lembah Klang agar dekat dengan keluarga," katanya ketika ditemui pada Sesi Bertemu Peminat, semalam.

Jelas Khalid lagi, perancangan yang sedang diusahakannya adalah mengambil kursus kejurulatihan lesen A yang akan diambilnya dalam masa terdekat.

"Apapun, walau pasukan mana sekalipun tumpuan sekarang adalah nak ambik dulu lesen A. Lagipun, Datuk Shapawi kata kalau saya terima jawatan itu, kena ada lesen A juga walaupun saya sudah ada lesen B.

"Jadi saya akan fokus kepada kursus jurulatih buat masa ini dan nama pun saya dah daftar cuma tunggu saja untuk ikutinya. Selepas itu, tahun depan kita tengok macam mana, kalau dapat pasukan yang dekat sini lagi baik," katanya.

Sebelum ini, Khalid terpaksa menempuh kehidupan yang sukar selepas tidak bekerja selama tiga tahun dan dia terpaksa menjual semua koleksi medal, jersi dan kasut emasnya itu demi kelangsungan hidupnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan