Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 31 Julai 2020

“Gagal membayar gaji adalah satu kegagalan besar sebagai seorang pemimpin.”

TMJ: Pentingkan kebajikan pemain, elak gagal bayar gaji


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru semua pasukan bolasepak di Malaysia supaya mencontohi bagaimana JDT menekankan aspek kebajikan pemain.
Beliau berkata, kebajikan para pemain adalah antara perkara terpenting di JDT sejak penubuhan kelab pada tahun 2013.
“Harimau Selatan tidak mempunyai sebarang isu berkaitan gaji atau bonus kepada para pemain, jurulatih dan kakitangan sejak 2013,” katanya seperti yang dinyatakan oleh akaun Facebook rasmi Johor Southern Tigers.
TMJ juga menganggap JDT berjaya menangani dan mengelak daripada berdepan dengan sebarang masalah kewangan dan tunggakan gaji pemain ekoran wabak COVID-19.
“Pandemik COVID-19 menguji kewangan kelab namun pemain, jurulatih, kakitangan dan pengurusan telah menunjukkan apa maksud sebenarnya Keluarga JDT apabila sebulat suara bersetuju untuk memotong gaji dalam membantu kewangan kelab dan juga bersetuju untuk menderma sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial mereka.
“Gagal membayar gaji adalah satu kegagalan besar sebagai seorang pemimpin.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan