Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 31 Julai 2020

FAM mula laksanakan Piagam SupaRimau


Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. - NSTP/Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal memulakan pelaksanaan piagam akar umbi yang dinamakan sebagai Piagam SupaRimau FAM dengan hasrat untuk meningkatkan taraf akademi bola sepak negara.
Piagam SupaRimau FAM adalah salah satu inisiatif FAM sejajar dengan Peta Hala Tuju F:30 dengan tujuan mendorong penyertaan yang lebih besar dalam kalangan akademi bola sepak di Malaysia.
Program berkenaan juga berhasrat menyokong akademi yang menyediakan aktiviti akar umbi berkualiti serta melabur dalam latihan dan pendidikan pemain muda yang berpotensi tinggi melalui bentuk penghargaan, sekiranya pemain mereka menjadi profesional.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata program berkenaan adalah satu usaha yang dilakukan badan induk itu untuk memastikan pengurusan lebih baik bola sepak di peringkat akar umbi.
"Ini adalah satu inisiatif dan komitmen FAM untuk meluaskan penyertaan di peringkat akar umbi, sekali gus memajukan peranan akademi mengikut kualiti aktiviti yang dilaksanakan," katanya.
Setiap akademi perlu memenuhi Lima kriteria khas iaitu kepimpinan, perancangan, kemudahan, pertandingan akar umbi dan pendidikan untuk mencapai status ahli Piagam SupaRimau FAM.
FAM kini sudah bersedia untuk melancarkan Sistem Piagam yang boleh dipohon melalui http://charter.fam.org.my dan akademi bola sepak yang berminat boleh mendaftar bersertakan dokumen yang lengkap untuk dinilai oleh badan induk itu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata pihaknya sudah menerima 250 permohonan daripada akademi bola sepak di seluruh negara untuk menyertai Piagam SupaRimau FAM.
"Kami amat menggalakkan semua akademi bola sepak di tanah air untuk berdaftar dengan Piagam SupaRimau FAM, di mana ahli bakal menikmati banyak kelebihan yang istimewa," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan