Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 25 Julai 2020

Diallo 'jatuh cinta' dengan TFC


BELUM pun saingan Liga Malaysia (Liga M) menutup tirainya musim ini, pertahanan tinggi lampai Terengganu FC (TFC), Babacar Diallo meluahkan keinginan untuk terus menyarung jersi skuad Penyu itu musim depan.

Pemain berketinggian 1.93 meter kelahiran Dakar, Senegal itu bagaimanapun percaya dia perlu memperagakan aksi luar biasa kepada pasukannya yang baru disertai musim ini sekali gus cuba menambat hati pihak pengurusan skuad itu.

Bekas pertahanan kelab Kuopion Palloseura dalam Liga Finland itu juga akui dia perlu 'menghadiahkan' sesuatu kepada skuad bimbingan Nafuzi Zain untuk dinilai bagi memastikan impiannya itu tercapai.

Pemain beragama Islam itu menjadi calon terbaik barisan jurulatih skuad itu bagi menggantikan pertahanan kelahiran Montenegro musim lalu, Igor Zonjic yang tidak disambung kontraknya musim ini.

Selepas tiga perlawanan Liga Super sebelum liga ditangguhkan pada 16 Mac lalu susulan pandemik Covid-19, Diallo beraksi cemerlang bergandingan dengan Nasrullah Haniff Johan, Muhamad Hafizal Alias dan Muhamad Arif Fadzilah Abu Bakar.

"Saya amat suka untuk terus menyarung jersi skuad TFC musim depan kerana bagi saya pasukan ini bagus lagipun saya baharu musim ini bersama skuad ini.

"Jika diberi peluang lagi menyertai pasukan ini musim depan sudah tentu saya begitu gembira dan mampu meningkatkan lagi corak permainan kerana sebelum ini saya belum pernah lagi beraksi di Malaysia.

"Tapi saya menyerahkan kepada pihak pengurusan kerana kontrak saya bakal tamat pada November ini, tapi terus terang saya katakan saya sudah gembira berada di Terengganu," kata Diallo yang mengakui tidak sabar untuk turun beraksi bertemu PJ City pada 22 Ogos depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan