Seperti diduga, persaingan pusingan pertama Piala FA 2020 yang berlangsung semalam tetap menarik meskipun hanya melibatkan pasukan Liga M3 dan Liga M4.
Sebanyak 16 pasukan berentap untuk memburu lapan slot ke pusingan pertama Piala FA Malaysia 2020.
Antara perlawanan mencuri perhatian adalah pasukan yang pernah menjuarai Piala FA 1992 iaitu Sarawak yang menang besar ke atas pasukan dari Liga M4, Red Spade United FC dengan keputusan 6-1.
Skuad kendalian Sam Timbe ini dilihat tidak berdepan kesukaran untuk menyaingi lawannya itu menerusi penyerang muda, Azrizan Ahmad yang berjaya membantu pasukan dengan ledakan empat gol daripadanya manakala dua lagi gol menerusi Amar Muaz Zam
ri dan Hafizie Erwinshah.
Jelas Timbe, kemenangan ini merupakan permulaan yang cukup baik untuk pasukan ini memulakan kempen musim 2020 apatah lagi selepas pasukan ini tersingkir ke Liga M3.
“Satu perlawanan yang menarik untuk kami kerana berjaya mara ke pusingan pertama.”
“Keputusan 6-1 ini memang saya tidak jangka dan ia satu kemenangan manis untuk pasukan ini kerana kami ingin mara jauh dalam saingan Piala FA.”
“Saya akan pastikan barisan pemain kekal fokus untuk terus melakukan yang terbaik pada aksi pusingan pertama nanti kerana sudah pasti perlawanan akan lebih sukar berbanding hari ini,” katanya.
Turut menjejaki langkah Sarawak adalah pasukan Melaka United FC yang menang 2-1 ke atas pasukan Ikram Muda FC manakala skuad KT Rovers pula tidak berdepan masalah menundukkan pasukan bimbingan Azman Adnan, Ultimate FC dengan keputusan 4-0.
Selain itu, Real Chukai dari Liga M4 lakar kejutan apabila menewaskan pasukan Liga M3, Melawati FC untuk mara buat julung kalinya ke pusingan pertama Piala FA dengan keputusan 1-0.
Pasukan-pasukan lain yang turut berjaya melayakkan diri ke pusingan pertama adalah SA United FC, Langkawi City FC, Protap FC dan Markless ST.
Terbaru, penyertaan pasukan PIB FC dalam saingan Piala FA dibatalkan selepas gagal melengkapkan pendaftaran pemain dan pegawai di dalam Sistem FAM /MyPas yang diwajibkan kepada pasukan-pasukan Liga M sekali gus memberi kemenangan 3-0 kepada SSFC.
Justeru, hanya 6 lagi baki perlawanan akan berlangsung pada hari ini dalam misi merebut slot ke pusingan pertama Piala FA.
Kredit foto: Sarawak United II
Tiada ulasan:
Catat Ulasan