Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 16 Februari 2020

KAFA: Hutang Lapuk Sejak 20 Tahun Dahulu Akan Diselesaikan

Imej

Mungkin ianya kedengaran seperti tidak masuk akal. Adakah benar pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada hari ini menanggung bebanan hutan yang telah tertunggak sejak 20 tahun dahulu? Malangnya, sepahit itulah hakikat yang perlu ditelan.

Bagaimanapun KAFA di bawah pimpinan presidennya, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memberikan keyakinan bahawa pihaknya begitu komited untuk menyelesaikan segala masalah hutang lapuk terutamanya melibatkan tunggakan gaji bekas pemain dan jurulatih The Red Warriors.

Bercakap kepada akhbar Sinar Harian, Wan Rahim menjelaskan KAFA kini telah menjelaskan sedikit demi sedikit bayaran secara pakej berjadual yang dipersetujui oleh kedua belah pihak dan telah pun dikemukakan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pelan pembayaran tersebut menjadi asbab mengapa pasukan Kelantan yang bersaing dalam saingan Liga Premier pada musim ini tidak dikenakan hukuman potongan tiga mata pada awal bulan ini.

“Sepanjang 20 tahun di bawah empat presiden sebelum ini, kita memang bermasalah dengan tunggakan hutang kepada pemain tempatan, pemain luar negara, jurulatih tempatan dan jurulatih luar negara,” kata Wan Rahim.

Malah ada kes melibatkan bekas pemain import kita, Morgoro Gomis dipanjangkan ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyebabkan kita diperintahkan untuk membayar RM540,000 oleh FIFA. Kita dah selesai buat bayaran itu.
“Selain itu, kita bukan sahaja selesaikan hutang dengan pemain tetapi hutang kita dengan agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso dalam tempoh 20 tahun ini.

Beliau memberikan jaminan itu ketika berlangsungnya majlis pengenalan pemain Kelantan yang diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Sabtu.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf yang juga Pengerusi Majlis Penasihat KAFA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Pengurus TRW, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, Ketua Jurulatih TRW, Yusri Che Lah serta kesebelasan pemain utama pasukan.

Wan Rahim turut mengambil kesempatan untuk menjelaskan tindakan KAFA menubuhkan Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd yang telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan utama Kelantan pada musim ini.

“Mulai 2021, semua pasukan didaftar atas nama FC bukan FA. Oleh itu, kita tubuhkan TRW Sdn Bhd sebagai badan yang akan mengendalikan pasukan Liga Premier Kelantan dan kita di KAFA akan mengendalikan urusan skuad Piala Presiden, Piala Belia, Wanita dan futsal,” katanya.

Kredit Foto: Kelantan FA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan