Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 11 Februari 2020

PBNS contoh buat persatuan lain - FAM


PRESIDEN FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada Presiden PBNS, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri di Klana Resort, Seremban. - Foto FB FAM

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) sebagai antara ahli gabungan boleh dijadikan contoh dalam membantu badan induk itu memenuhi aspirasi dalam peta hala tuju F:30.
Pada kunjungan hormat FAM di Klana Resort, Seremban hari ini, PBNS membentangkan senarai aktiviti serta usaha mereka dalam pembangunan akar umbi, pencarian bakat baharu dan bola sepak wanita serta kaedah menjana sumber pendapatan dan penaja dalam memperkasakan bola sepak negeri itu.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, menganggap PBNS memahami aspirasi FAM dalam usaha memastikan bola sepak dimainkan secara kompetitif di peringkat negeri sekali gus mampu membangunkan bola sepak negara.
“Selain pertandingan sedia ada, disokong dengan aktiviti berterusan, PBNS juga ada Wisma PBNS sendiri di Medan Rahang, ini bermakna PBNS berada di landasan yang betul,” kata Hamidin.
“Ini sebahagian daripada objektif kami memastikan ahli gabungan memahami visi dan misi FAM, selain keinginan FAM untuk ahli gabungan melakukan gerak kerja mengikut kemampuan masing-masing kerana pada asasnya kita wujud untuk mempromosikan bola sepak di semua peringkat.
“Kami di FAM sememangnya sentiasa memberi khidmat sokongan dan bantuan dari sudut urus tadbir, teknikal serta pembangunan pertandingan kepada ahli gabungan.”
Sementara itu, Presiden PBNS, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri berkata, pihaknya percaya Hamidin dapat membawa perubahan positif dalam pembangunan bola sepak tempatan ke peringkat antarabangsa.
"Beliau (Hamidin) mampu melonjakkan skuad kebangsaan ke persada dunia dan PBNS komited dalam semua usaha dan rancangan dibangunkan FAM.
"Pembentangan dan perbincangan hari ini menyaksikan kedua-dua pihak saling bertukar pendapat sekali gus mengeratkan hubungan ahli gabungan dengan FAM selain memberi manfaat kepada FAM-PBNS dalam memajukan bola sepak,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan