Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 12 Februari 2020

Hasil kerjasama CIMB dan MFL, imej Liga Malaysia dilihat gah di mata peminat dengan adanya nama penaja pada Liga Super.

CIMB bakal naikkan imej Liga Super Malaysia



Kehadiran syarikat perbankan terkemuka negara, CIMB sebagai salah satu rakan penaja utama akan menaikkan lagi imej Liga Super Malaysia sepanjang musim 2020 hingga 2021, sekaligus menarik lebih banyak syarikat korporat untuk membuat pelaburan terhadap bolasepak negara pada masa akan datang.
Penyerang PJ City FC, Safee Sali berharap ia akan menjadi titik permulaan bagi liga Malaysia selepas berjaya mendapatkan Telekom Malaysia (TM) selaku penaja utama selama tiga tahun.
“Kerjasama MFL dan CIMB saya rasakan sangat baik kerana secara tidak langsung imej Liga Malaysia dilihat gah di mata peminat dengan adanya nama penaja pada pertandingan Liga Super.
“Saya sendiri tidak sangka CIMB sudi menaja Liga Malaysia kerana ini pertama kali mereka bersama liga bola sepak negara memandangkan mereka cukup sinonim dengan sukan lain seperti golf.
“Saya harap kehadiran CIMB selaku penaja akan meletakkan liga Malaysia ke satu tahap lebih tinggi dan berprestij di mata peminat bola sepak tanah air.
“Bagi kesan jangka panjang, saya harap akan menarik banyak syarikat besar yang bertaraf antarabangsa untuk sama-sama membantu liga bola sepak negara malah saya harapkan untuk beberapa pertandingan seperti Piala FA dan Liga Premier turut akan ada penaja utama.”
Pemain tengah Negeri Sembilan, Mohd. Aiman Khalidi yang juga merupakan produk kelab CIMB-YFA menganggap penajaan CIMB dilihat sebagai satu bentuk sokongan yang berterusan terhadap pembangunan bolasepak negara.
“Saya tidak jangka CIMB akan jadi penaja utama kepada saingan Liga Super dan selaku pemain ini satu perkembangan yang positif kepada perkembangan Liga Malaysia serta menyemarakkan lagi semangat kami.
“CIMB sebenarnya telah lama membantu perkembangan bola sepak di akar umbi dan buktinya ialah saya yang kini bergelar pemain bola sepak profesional selepas dibantu mereka semasa membesar di Kuala Lumpur.
“Kini apabila mereka menjadi penaja pula, saya secara tidak langsung turut gembira dan harap sokongan ini akan diteruskan untuk satu tempoh masa yang panjang.”
Pada Isnin lepas, CIMB Group Holdings Berhad atau Kumpulan CIMB telah menandatangani perjanjian penajaan dengan MFL sebagai penaja utama bagi saingan liga elit tempatan, iaitu CIMB Liga Super serta perlawanan pembuka tirai, CIMB Piala Sumbangsih.
CIMB juga menjadi bank rasmi untuk Liga Malaysia termasuk Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Cabaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan