Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 12 Februari 2020

Nokman Mustaffa: Pasukan Bakal Dapat Tempias Kehadiran TM & CIMB

Imej
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa percaya pasukan tempatan bakal mendapat tempias besar selepas kehadiran Telekom Malaysia (TM) dan CIMB muncul menjadi penaja dalam Liga Malaysia bagi musim 2020.
Kejayaan badan pentadbir liga, Malaysian Football League (MFL) mendapatkan kepercayaan syarikat-syarikat besar untuk bekerjasama dengan mereka bakal membuka lebih banyak peluang kepada pasukan untuk mendapatkan penaja lain.
Ini kerana, Nokman sedar tidak semua pasukan atau kelab mampu mencari ramai penaja sebelum ini dan semestinya kini, mereka akan lebih mudah mendekati syarikat korporat lain selepas profil Liga Malaysia meningkat dengan kehadiran TM dan CIMB.
“Selalunya apabila ada penaja daripada syarikat-syarikat besar yang terlibat dengan MFL, secara tidak langsung memberi tempias yang baik untuk pasukan juga.”
“Kerana ada sesetengah kelab dan pasukan ini ketandusan penaja, jadi dengan adanya TM dan CIMB yang menjadi penaja MFL setakat ini, saya percaya akan ada juga penaja lain yang berminat bantu pasukan.”
“Ini kerana, dengan kewangan yang stabil, saya yakin prestasi pemain dan pasukan akan bertambah baik sepanjang musim”, ujar Nokman lagi.
Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, CIMB Group Holdings Berhad atau Kumpulan CIMB telah menandatangani perjanjian penajaan dengan Malaysian Football League (MFL) sebagai penaja utama bagi saingan liga elit tempatan, iaitu CIMB Liga Super serta perlawanan pembuka tirai, CIMB Piala Sumbangsih.
CIMB juga akan menjadi Bank Rasmi untuk Liga Malaysia termasuk Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia dan Challenge Cup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan