Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 12 Februari 2020

Malaysia Tak Hantar Wakil Ke ACC 2020 Kerana Tiada Pengikitirafan AFC


Kejuaraan Kelab Asean (ACC) sah tidak ada pasukan dari Malaysia menyertainya.
ACC akan julung kalinya diadakan musim 2020, bermula Mac hingga November akan datang.
Selain daripada Malaysia, Timor Leste juga tidak menghantar pasukan. Manakala 9 lagi negara Asean yang lain sudah mengesahkan penyertaan.
Kelab yang beraksi di ACL musim ini iaitu Chiangrai United turut menyertai ACC, selain daripada PT Prachuap.
Kedua-dua kelab itu menjuarai Liga Satu Thai dan Piala Liga Thai musim lalu.
Vietnam akan menghantar Hanoi FC dan Ho Chi Minh City FC; Indonesia menghantar Bali United dan Persebaya; Singapura diwakili Tampines Rover; Myanmar pula akan menyaksikan Shan United sebagai wakil mereka.
8 pasukan tersebut akan layak ke peringkat kumpulan. 4 lagi slot akan ditentukan menerusi pusingan kelayakan yang melibatkan Ceres Negros (Filipina), Svay Rieng FC (Kemboja), Lao Toyota (Laos) dan Indera (Brunei).
Pusingan akhir akan menyaksikan 10 pasukan bersaing di peringkat kumpulan.
Harian Metro melaporkan bahawa, Malaysia tidak menghantar wakil kerana FAM menyatakan bahawa kejohanan itu masih belum mendapat pengiktirafan daripada AFC seperti mana ACL dan Piala AFC.
Selain itu, ACC meletakkan syarat, wakil hendaklah juara ataupun naib juara liga utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan