Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 10 Februari 2020

MFL jawab mengapa rahsia...

HAMIDIN (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Dato' Sri Zafrul Aziz pada majlis pengumuman CIMB selaku penaja utama Liga Super dan Piala Sultan Ahmad Shah dengan tempoh perjanjian dua tahun, hari ini. - Foto Facebook MFL

KUALA LUMPUR: Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan faktor nilai tajaan kecil atau besar bukan menjadi punca badan pentadbir Liga Malaysia (Liga M) itu enggan mendedahkan jumlah tajaan sebenar yang diperoleh ketika ini.
Ia susulan tindakan MFL merahsiakan jumlah tajaan membabitkan dua penaja utama mereka Telekom Malaysia Berhad (TM) dan yang terbaru, CIMB Group Holdings Berhad (CIMB).
Hamidin berkata, tujuan pihaknya enggan mendedahkan jumlah nilai tajaan bagi menghormati hubungan bersama CIMB selaku penaja.
“Kalau kita umum jumlah pun akan ada pihak yang akan bagi reaksi negatif atau positif, tapi bagi saya di pihak MFL, kita perlu menjaga ikatan dengan penaja dan jumlah ini bukan satu isu besar.
“Apa yang penting MFL dapat penaja baharu dan berterusan untuk memastikan rakan kongsi dan MFL bergerak ke hadapan,” katanya.
Hamidin berkata demikian pada sidang media selepas majlis pengumuman CIMB selaku penaja utama Liga Super dan Piala Sultan Ahmad Shah dengan tempoh perjanjian dua tahun, hari ini.
Selain itu, Hamidin menjelaskan pihaknya sedang berusaha mendapatkan penaja bagi saingan Liga Perdana selepas TM menjadi penaja utama Piala Malaysia.
“Bagi Liga Perdana kita sedang berusaha (berunding) dengan beberapa GLC (syarikat berkaitan kerajaan) atau syarikat lain, tapi belum dimuktamadkan lagi.
“Insya-Allah akan ada lagi (penaja) kerana kita memerlukan dana untuk menggerakkan liga dengan lebih efektif dan efisien,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan