Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 11 Februari 2020

FAM Harap Naturalisasi Beri Impak Segera Di Asia

Imej
Add caption

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui laporan oleh Berita Harian pada hari ini menjelaskan program naturalisasi yang diwujudkan oleh badan induk itu adalah untuk memastikan skuad kebangsaan mampu memberikan impak segera di pentas Asia.
Sebelum ini wujud beberapa pihak yang mempersoalkan program tersebut, termasuk polemik yang manyatakan pemain luar terlalu mudah mendapat kerakyatan di negara ini.
Datuk Yusoff Mahadi selaku Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi tampil menjelaskan keperluan pelaksanaan program tersebut.
“Saya rasa bola sepak bukanlah sukan pertama yang menaturalisasikan pemain. Biasalah bila apa sahaja kita buat, mesti ada yang setuju dan yang tak setuju tetapi rata-rata peminat bola sepak bersetuju dengan pengambilan pemain naturalisasi,” kata Yusoff.
Aksi Sumareh ketika menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO: FAM
“Kita lihat ada keperluan untuk ambil pemain import kerana sekarang kita fikir bukan setakat mahu bersaing di ASEAN sahaja tetapi kita juga mahu bersaing di peringkat Asia.
“Kalau mahu bersaing di Asia, kita akan berdepan pasukan gergasi dan untuk itu, kita perlu menyediakan pemain yang berkualiti dan menepati standard Asia. Sebab itulah FAM berpendapat perkara ini sebagai satu keperluan.”

Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM turut menjelaskan usaha melaksanakan program naturalisasi tidak bermakna FAM mengetepikan bakat tempatan.
Kredit Foto: FAM
Sebaliknya kehadiran pemain naturalisasi di dalam pasukan negara dan saingan tempatan, diharap dapat membantu perkembangan pemain tempatan secara tidak langsung.
“Bukan menidakkan kemampuan pemain tempatan tetapi saya harap ini dapat membantu meningkatkan kemahiran mereka. Kalau kita hanya tunggu pemain tempatan semata-mata mungkin akan ambil masa lagi panjang untuk kita ke peringkat Asia,” tambah beliau lagi.
“Saya tengok ada perubahan dalam pemain tempatan mungkin disebabkan unsur pemain berdarah campuran dan naturalisasi dalam skuad kebangsaan. Ia membangkitkan moral pemain tempatan untuk menyamai kemampuan mereka.”
Sehingga kini pasukan negara sudah memiliki Mohamadou Sumareh (Pahang) dan Liridon Krasniqi (JDT) sebagai pemain naturalisasi. FAM turut sedang berusaha melengkapkan proses naturalisasi penyerang dari Brazil, Guilherme de Paula (Kuala Lumpur) dalam masa terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan