Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 9 Februari 2020

Asmirul Tidak Senang Kedah Dituduh Gagal Bayar Gaji

Imej


Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris nyata tidak senang dengan laporan sebuah akhbar semalam yang mendedahkan sebuah pasukan gergasi dari utara gagal menjelaskan bayaran gaji pemain dan pegawai selama dua bulan.
Malah sumber kepada laporan tersebut berkata kegagalan pihak pengurusan menjelaskan pembayaran gaji sememangnya mengejutkan ketika mereka pada awal musim ini sangat aktif membawa masuk beberapa muka baharu.
Laporan dari akhbar tersebut menyebabkan Asmirul dihujani oleh soalan dari kalangan penyokong setia pasukan Hijau Kuning.
“Negeri di sebelah utara merujuk kepada Kedah kah?” tanya Asmirul dalam muat naik di laman Facebook beliau.
“Maklumat dari mana yang di cungkil ambil (jika merujuk kepada Kedah) agar mudah untuk saya mengambil tindakan.
“Paling saya bimbangkan ialah serangan provokasi media ke atas persiapan Kedah untuk menghadapi Piala Sumbangsih.”


Asmirul dalam muat naik yag sama turut menjelaskan pengurusan KFA masih lagi mampu menjelaskan bayaran gaji pemain sehingga tamat musim 2019 yang lalu, walaupun tidak menerima geran sebanyak RM1.5 juta yang sepatutnya diperolehi daripada Malaysian Football League (MFL).
“Saya masih lagi menanti kesahihan yang jelas dari akhbar tersebut berhubung pertuduhan keatas Kedah (KFA), ” tambahnya lagi.
Arena Metro semalam, tanpa menamakan mana-mana pasukan melaporkan pemain dan kakitangan pasukan dari utara tersebut tidak menerima bayaran untuk Disember dan Januari lalu.
Manakala bayaran untuk November lalu turut lewat diterima.
Kenyataan Amirul ini jelas menampakkan beliau tidak senang dengan pertuduhan sedemikian. Namun ia juga kebiasaan bagi media untuk melaporkan mana-mana pasukan yang mengalami masalah gaji di negara ini.
Jika benar Kedah FA tidak mempunyai masalah gaji, rasanya cukuplah sekadar Amirul menafikannya. Kedah FA bukan satu-satunya pasukan Liga Malaysia yang berpengkalan di utara tanah air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan