
SEBAHAGIAN penyokong Harimau Malaya bersorak dalam Program Kempen #jombeliutusankosmo sebelum sepak mula perlawanan persahabatan antara Malysia menentang Jordan, di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
KUALA LUMPUR 30 Ogos – Kempen #jombeliutusankosmo dihangatkan lagi dengan hehadiran penyokong Harimau Malaya yang bersorak buat skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan Malaysia-Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Ketua projek #jombeliutusankosmo, Ainol Amriz Ismail berkata, kempen itu diadakan bagi mendapatkan sokongan rakyat negara ini selain menggalakkan mereka membeli dua akhbar terbitan Utusan Melayu (M) Berhad iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo!
“Program yang diadakan ini adalah salah satu kempen #jombeliutusankosmo yang mana kami mahu mempromosi dua akhbar keluaran syarikat kami di kawasan tumpuan seperti Pasar Seni, Dataran Merdeka dan lain-lain.
“Selain itu juga, kempen ini diadakan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa kami masih ada dan kekal relevan dalam pasaran,” katanya di sini hari ini.
Seramai 150 terdiri daripada penyokong Harimau Malaya dan kakitangan Utusan Melayu hadir bagi menjayakan kempen #jombeliutusankosmo yang turut menyaksikan sambutan ulangtahun Kosmo! ke-15 diadakan.
Dalam pada itu, penyokong Harimau Malaya, Muhamad Syarizal Musa berkata kempen #jombeliutusankosmo wajar diadakan bagi menarik lebih ramai pembaca terutamanya golongan muda.
“Saya menyambut baik kempen ini kerana saya fikir ia mampu menarik minat pembaca terhadap kedua-dua akhbar ini dan saya fikir dua akhbar ini masih lagi relevan dalam pasaran,” katanya.
Sebahagian penyokong Harimau Malaya hadir di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam untuk memberi sokongan kepada skuad kebangsaan sambil menyertai kempen #jombeliutusankosmo sempena aksi persahabatan menentang Jordan. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan