Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 30 Ogos 2019

Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkata contoh terbaik J-Village yang sebaiknya dicontohi Malaysia ialah terbuka untuk umum serta mempunyai kemudahan fasiliti semua sukan. #FAM #HarimauMalaya #JFA

J-Village Kongsi Ciri Kelangsungan Sebagai Perkampungan Sukan
Pusat latihan bola sepak kebangsaan Jepun, J-Village, mencatat jumlah pengguna lebih tujuh juta sejak dibina pada 1997 berlandaskan konsep perkampungan sukan dilengkapi dengan semua kemudahan latihan prestasi tinggi.
Kemudahan J-Village meliputi tujuh padang semula jadi bersaiz 68m x 105m yang mampu digunakan sepanjang musim, stadium dengan kapasiti 5,000 penonton, padang latihan tertutup yang sesuai dengan sebarang cuaca serta iklim, padang trek serta olahraga dan hotel bertaraf tiga bintang dan diuruskan oleh pihak swasta.
J-Village turut dilengkapi pusat kecergasan, dewan bankuet, bilik atau dewan konvensyen dan bilik kelas serta restoran dan kedai cenderahati.
Antara pasukan luar negara yang pernah menjalani latihan pusat di J-Village ialah Argentina bagi persediaan Piala Dunia FIFA 2002 dan Chile 2007 dan 2009.
Prinsip utama J-Village ialah ia tidak terhad kepada bola sepak, tetapi terbuka kepada umum dan sukan prestasi tinggi yang lain, menjadikan ia satu lokasi latihan untuk temasya sukan termasuk Sukan Olimpik.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkata contoh terbaik J-Village yang sebaiknya dicontohi Malaysia ialah terbuka untuk umum serta mempunyai kemudahan fasiliti semua sukan.
"Selain menjadi pusat latihan bola sepak pasukan kebangsaan dan kelab J-League termasuk pasukan akar umbi, kemudahan lengkap di J-Village turut digunakan sukan-sukan lain antaranya seperti olahraga, badminton, ragbi dan bola tampar.
"J-Village adalah terbuka untuk umum dan pusat latihan kebangsaan ini boleh ditempah untuk sebarang bentuk acara, konsert atau carnival serta aktiviti-aktiviti lain.
"Selain menempatkan asrama pemain, di sini turut disediakan kemudahan hotel dan restoran yang mana memudahkan ibu-bapa atau keluarga pemain bermalam. Ini idea yang baik untuk kita terapkan untuk mana-mana pusat latihan yang bakal dibangunkan di Malaysia," katanya selepas dibawa oleh Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) melawat J-Village hari ini.
Sesi taklimat lawatan dikendalikan Pengarah Urusan Kanan J-Village Inc, Hisaya Tsurumoto.
Tsurumoto berkata, sejak mula beroperasi tahun lalu, J-Village sudah menerima lebih 7.2 juta pengguna.
"Demi kelangsungan J-Village, pengurusan kami berkonsepkan perniagaan namun tidak mementingkan keuntungan.
"Sebaliknya kami mahu membawakan kenikmatan dan keseronokan sukan kepada orang ramai," katanya.
J-Village terpaksa ditutup apabila gempa bumi melanda Fukushima pada 2011 sekaligus dijadikan oleh TEPCO (Tokyo Electric Power Company) sebagai pusat operasi untuk kemalangan bahan nuklear susulan bencana terbabit sehingga 2017. Ia beroperasi semula pada 2018.
---
J-Village Share Sustainability of Being a Sports Village
Based on sports village concept equipped with high performance training facilities, the Japan's national football training center - J-Village - has received more than seven million peole since started in 1997.
The J-Village facilities include seven 68m x 105m natural turf pitch that can manage throughout the season, a stadium with a capacity of 5,000 spectators, indoor training camps that suit any weather and climate, track and athletic field also a three-star hotel managed by a private sector.
The J-Village also features a fitness center, banquet hall, convention hall, classrooms as well as restaurants and souvenir shops.
Among the overseas teams that have held training camps at J-Village are Argentina for the 2002 FIFA World Cup and Chile 2007 and 2009.
The main principle of J-Village is that it is not limited to football, but is open to the public and other high performance sports, making it a training ground for all sports events including the Olympics.
Football Association of Malaysia (FAM) President, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin said what Malaysia should emulate the best on J-Village that it is open to the public and has the facilities of all sports.
"In addition to national football team training center and J-League club including grassroots, J-Village's facilities are also to be used in other sports such as badminton, rugby and volleyball.
"J-Village is open to the public and the national training center can be reserved for any kind of event, concert or carnival and other activities.
"In addition to providing players' dormitories, other facilities like hotels and restaurants that accommodate the parents or families of the players. It is a good idea for us to apply for any training center to be developed in Malaysia," he said after being brought on tour by the Japan Football Association (JFA) to J-Village today.
The briefing session was hosted by J-Village Inc Senior Managing Director, Hisaya Tsurumoto.
Tsurumoto said, J-Village has received over 7.2 million people since its resumption of operation last year.
"To sustain J-Village, our management is through business but not profit driven.
"Instead, we want bring joy of sports to people," he said.
J-Village was forced to shut down when an earthquake hit Fukushima in 2011 however TEPCO (Tokyo Electric Power Company) has been using J-Village as its operational base for dealing with the nuclear power station accident
until 2017 before resumed operation in 2018.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, ruang tamu dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri, kasut dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, luaran

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, rumput dan luaran

Tiada penerangan foto disediakan.

Imej mungkin mengandungi: rumput, langit dan luaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan