Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 15 Ogos 2019

Terima kasih Kemboja!


SKUAD muda negara harus berterima kasih kepada Kemboja yang menghalang Vietnam ketika Malaysia tewas 0-1 di tangan Thailand pada aksi terakhir Kumpulan B Kejuaraan B-18 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Ho Chi Minh, Vietnam, petang tadi.
Anak buah Brad Maloney yang perlu mengelak daripada kekalahan bagi menjamin tempat ke separuh akhir diselamatkan oleh jaringan lewat Kemboja yang menumbangkan Vietnam 2-1, ketika pencabar terdekat skuad negara itu turut berpeluang ke separuh akhir jika menang.
Hasil keputusan itu, skuad kendalian Maloney akan bertemu juara Kumpulan A, Indonesia pada separuh akhir manakala Australia menentang Myanmar, Sabtu ini.
Biarpun dihimpit masalah kecederaan beberapa pemain, Maloney masih mengekalkan hampir semua kesebelasan utama ketika menewaskan Australia 3-0 sebelum ini dengan menukar tiga pemain Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Nasip Mohammad Zain.
Sebaliknya pengendali dari Australia itu mempertaruhkan Fahmi Daniel, Akmal Hazim Ismail dan Faris Kamardin di jentera tengah dan hadapan bagi membantu penyerang sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin memburu jaringan.
Bagaimanapun, rentak baik yang diharapkan tidak berlaku apabila skuad Gajah Perang lebih menguasai permainan dan gawang negara hampir dibolosi menerusi rembatan deras kapten lawan, Kritsada Nontharat yang terkena palang pada minit ke-19.
Namun percubaan juara lima kali itu tidak menggoyangkan anak buah Maloney yang bangkit dan nyaris memecah kebuntuan pada minit ke-33 namun tolakan Firdaus Kaironnisam sempat ditolak keluar penjaga gol Thirawooth Sraunson.
Malaysia yang wajib meraih tiga mata bangkit pada babak kedua dan hampir membolosi gawang Thailand menerusi percubaan Luqman dan Faris tetapi gagal menepati sasaran.
Lawan sebaliknya berjaya menembusi gawang negara pada minit ke-50, begitupun ia dibatalkan oleh pengadil selepas Phoochit Petcharat dikesan berada dalam kedudukan ofsaid selepas menyambut percubaan awal Thirapak Prueangna.
Kesilapan penjaga gol negara yang juga ketua pasukan, Firdaus Irman Fadhil cuba menggelecek Sitthinan Rungrueang memakan diri apabila dia terjatuh sebelum penyerang itu sendiri menolak bola ke gawang negara yang sudah ternganga luas pada minit ke-69.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan