Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 15 Ogos 2019

Syed Saddiq: KBS Tidak Boleh Sombong, Perlu Jalin Kerjasama Tingkatkan Kualiti Bola Sepak Negara


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa pihak kementeriannya tidak boleh bersifat meninggi diri dalam usaha menambah baik kualiti bola sepak negara.
Menurut sumber Berita Harian, Syed Saddiq turut melihat kerjasama erat daripada pelbagai pihak amat dituntut bagi merealisasikan harapan semua termasuk jutaan peminat bola sepak tanah air tersebut.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak boleh sombong seperti kita tahu semua. Agak penting untuk kita jalin kerjasama dengan semua pihak khususnya mereka yang ikhlas bagi memastikan bola sepak kita dapat ditambah baik.”
“Kerana untuk membangunkan bola sepak negara kita. Satu pihak saja tidak mencukupi untuk kita melangkah dan kita perlu bergerak seperti keluarga.
“Kita senang bersama-sama, kita susah pun bersama-sama. Jadi ini usaha strategik kita usahakan bersama,” ujar Syed Saddiq.
Syed Saddiq yang juga merupakan ahli Perlimen Muar turut beranggapan tiada individu yang boleh merasakan mereka adalah ‘hero’ bagi mengubah senario bola sepak negara.
Ingatan itu turut terarah kepada pihak KBS sendiri menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Dalam pada itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut hadir pada Majlis Menandatangani Perjanjian Antara FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan