Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 11 Ogos 2019

Sedia malukan Jepun...


SELEPAS membawa Malaysia muncul juara Kejuaraan AFF Bawah 16 Tahun (B-16), dua tonggak negara, Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar dan Mohamad Khairil Mohd Zain tidak sabar untuk memalukan Jepun di kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), bulan depan.
Daniel dan Khairil melaungkan azam berkenaan selepas mereka berdepan negara 'Matahari Terbit' itu dalam saingan Piala Wuhan Ogos tahun lalu walaupun ketika itu mereka kalah 1-3.
Menurut Daniel, kekalahan tahun lalu itu lebih kepada kesilapan sendiri dan aksi bulan depan adalah perhitungan berbeza.
"Kalau tengok aksi menentang Kemboja (menang 2-0 di Kejuaraan AFF 2019), atas kertas kita boleh 'makan' tetapi kami tidak boleh ambil mudah.
Begitu juga dengan Jepun dan paling penting kami kena fokus serta berikan komitmen 200 peratus.
"Kalah (kepada Jepun) ketika itu pun sebab kesilapan kami sendiri yang membolehkan mereka menjaringkan gol. Dengan komitmen seluruh pasukan," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Ketika ini semangat skuad kendalian P Maniam ini berada pada tahap tertinggi terutama selepas berjaya meraih kejuaraan AFF B-16 di Thailand selepas mengalahkan tuan rumah 2-1 di pentas akhir, kelmarin.
Sebaik tiba di tanah air, semalam, kesemua pemain diberi pelepasan selama tiga hari untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.
"Kami akan bawa momentum ini ke saingan AFC dan sudah pasti kami akan buat persiapan lebih baik.
Memang berasa teruja untuk berdepan Jepun kerana mereka adalah gergasi bola sepak Asia.
"Kami sentiasa percaya antara satu sama lain dan InsyaAllah kami mampu kalahkan Jepun," kata Mohamad Khairil.
Ditanya mengenai pengorbanan mereka yang hanya diberikan cuti tiga hari untuk sambutan Aidiladha, Muhammad Daniel merasakan ia bukan masalah buat mereka kerana keutamaan adalah maruah Malaysia di pentas antarabangsa.
"Kami sedia berkorban demi negara kerana kami tahu tahun ini kami ada misi penting untuk bawa Malaysia ke Piala Dunia," katanya.
Selain Jepun, Malaysia diundi dalam Kumpulan J kelayakan AFC B-16 bersama dua lagi wakil Asia Tenggara iaitu tuan rumah, Laos dan Kemboja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan