Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 11 Ogos 2019

Kemboja mangsa kedua skuad B-18 [VIDEO]


KEGUSARAN skuad Bawah 18 Tahun (B-18) untuk berdepan Kemboja dalam saingan AFF 2019 terjawab apabila mereka berjaya mencatat kemenangan selesa 3-0 di Stadium Thanh Long, Ho Chi Minh, hari ini.
Kemenangan 3-1 ke atas Singapura Jumaat lalu ternyata meningkatkan momentum Malaysia untuk menumpaskan Kemboja yang sebelum ini melaungkan amaran awal selepas berjaya mengalahkan Thailand 4-3.
Tiga mata yang diraih juga mengukuhkan lagi peluang skuad B-18 negara untuk memburu dua slot terbaik Kumpulan B seterusnya layak ke saingan separuh akhir.
Skuad bimbingan Brad Maloney mula mengancam pintu gol lawan pada m-15 apabila Aiman Afif Md Afizul mempunyai peluang terbaik melepaskan rembatan dalam petak penalti namun usahanya dikekang beberapa pemain pertahanan Kemboja.
Bagaimanapun, tiga minit kemudian skuad B-18 negara berjaya memecah kebuntuan apabila ketua pasukan, Mukhairi Ajmal Mahadi melakukan rembatan lencong dari luar petak penalti untuk menumpaskan penjaga gol lawan, Vireak Dara.
Pada m-36 Malaysia hampir menambah gol kedua melalui sepakan lambung Aiman Afif di dalam petak penalti namun percubaannya itu sedikit tersasar walaupun dia berjaya memperdayakan Dara.
Dua minit kemudian gawang Kemboja sekali lagi dibocori apabila Muslihuddin Atiq Mat Zahid melepaskan rembatan susulan dari dalam petak penalti selepas percubaannya yang pertama berjaya ditepis Dara.
Gol ketiga pula hadir ketika masa kecederaan separuh masa pertama apabila sepakan percuma yang diambil Firdaus Ramli dari sebelah kanan terus masuk ke dalam gawang Kemboja.
Sebaik bersambung babak kedua, Malaysia dilihat melonggarkan sedikit tekanan dan Kemboja pula seakan terdesak untuk mencari gol sulung mereka namun ia tidak berhasil.
Ketika 10 minit terakhir perlawanan Malaysia hampir menambah jaringan melalui percubaan Fakrul Iman Naszar dan Muslihuddin Atiq namun kedua-dua rembatan yang dilakukan itu tidak menemui sasaran.
Ujian paling getir buat skuad B-18 negara adalah berdepan dengan Australia, Selasa ini dengan kemenangan mungkin mengesahkan tempat untuk ke separuh akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan