Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 27 Ogos 2019

Muhammad Syahmi bijak sesuaikan diri

PEMAIN Harimau Malaya, Muhammad Syahmi Safari menjawab pertanyaan
PEMAIN Harimau Malaya, Muhammad Syahmi Safari menjawab pertanyaan media sewaktu sesi latihan menjelang perlawanan persahabatan menentang Jordan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Beraksi di dua posisi berbeza ketika mewakili Selangor dan skuad Harimau Malaya jelas tidak mendatangkan masalah kepada Muhammad Syahmi Safari untuk menyesuaikan diri dengan cepat.
Pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan itu yang menjadi watak penting sewaktu Malaysia muncul naib juara Piala AFF Suzuki 2018, menegaskan beliau sentiasa memberi aksi terbaik apabila diletakkan beraksi di posisi pemain sayap apabila bersama Selangor dan posisi pertahanan kanan apabila dipanggil memperkuatkan skuad Harimau Malaya.
Pada masa yang sama, pemain berusia 21 tahun itu menjelaskan, beliau bersedia memberi saingan sengit kepada kapten Pahang, Matthew Davies untuk merebut posisi pertahanan kanan dalam skuad kebangsaan walaupun sering bergelut dengan kecederaan, sebelum ini.
“Rasanya saya tiada masalah untuk beraksi kerana sudah pulih dan cergas sepenuhnya dan saya akan memberi saingan sengit kepada Matthew Davies kerana bagi saya, keputusan akhir untuk meletakkan barisan terbaik terletak kepada pihak jurulatih,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum bermulanya sesi latihan hari ketiga skuad Harimau Malaya di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, hari ini.
Ditanya mengenai aksi pemanas badan dengan Jordan, Muhammad Syahmi mengakui beliau tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk mengekang asakan penyerang dari negara Timur Tengah itu sekiranya diturunkan pada Jumaat ini.
Beliau menegaskan pengalaman berdepan dengan penyerang import bersaiz besar dalam kancah Liga Malaysia memberi pengalaman berguna untuk aksi berdepan Jordan.
Perlawanan menentang Jordan merupakan medan pemanas badan untuk skuad Harimau Malaya sebelum berdepan Indonesia pada aksi pembukaan Kumpulan G Pusingan Kelayakan Kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan