Sebaliknya Khairil yang turut menjadi penganjur Liga Lembah Klang optimis pengstrukturan liga yang diilhamkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) itu yang bermula daripada peringkat amatur telah membuka platform kepada semua lapisan masyarakat khususnya generasi muda.
Lebih tepat, katanya, Liga M4 menjadi medan terbaik buat pemain berstatus ejen bebas atau pemain muda yang tidak mendapat peluang ber­aksi bersama kelab memperbaiki prestasi.
Beliau mengakui kewujudan Liga M4 memberikan kesan positif kepada pembangunan bola sepak tempatan khususnya di peringkat akar umbi.
“(Kewujudan Liga M4) sa­ngat positif. Tahun ini, saya mendapati lebih ramai pe­nganjur dan liga baharu yang turut serta.
“Peminat dan pasukan amatur juga dilihat memberikan sokongan yang sangat baik.
“Pada pendapat saya, Liga M4 bukan sahaja menjadi platform untuk pemain-pemain amatur tetapi ia juga memberi peluang kedua buat pemain-pemain dari kempen Piala FAM yang kini menjadi ejen bebas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.