Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 16 Ogos 2019

KLFA Guna Khidmat Guaman Untuk Laksana AGM November Hadapan


Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) akan menggunakan khidmat pasukan guaman untuk memastikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu berjalan dengan lancar pada November akan datang.
Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa KLFA, R. Kannan selepas mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) KLFA mencapai kata sepakat berhubung perkara itu pada bulan lalu.

Ketika bercakap kepada BERNAMA, R. Kannan dipetik sebagai berkata:
“Pasukan guaman ini akan menasihati kami langkah seterusnya yang harus dilakukan sebelum kami mengadakan AGM pada November nanti,” katanya pada sidang media semalam.
Sebelum ini KLFA dilanda kemelut selepas sembilan ahli gabungan – kini digantung keahlian – membuat aduan kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang mendakwa badan induk itu gagal melaksanakan mesyuarat pemilihan AJK untuk penggal 2018-2022 pada November tahun lalu.
Ini menyebabkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan KLFA untuk mengadakan kongres selewat-lewatnya pada 31 Mei pada Februari lalu – atau berhadapan tindakan pembatalan pendaftaran oleh PJS.

KLFA kemudiannya menghantar permohongan agar kongres atau AGM tersebut ditangguhkan sehingga November ini, dan perkara itu dipersetujui oleh semua pihak.
Langkah melantik peguam sebagai pemerhati dilihat sebagai usaha KLFA memastikan tidak ada perkara yang terlepas pandang dalam usaha persatuan itu menjalani AGM secara sah tanpa dipertikai mana-mana pihak di masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan