Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 16 Ogos 2019

Indonesia siap sedia sepakan penalti

INDONESIA bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan apabila menentang
INDONESIA bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan apabila menentang Malaysia dalam separuh akhir Kejuaraan AFF esok. - Gambar Ihsan AFC
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Indonesia memberi tumpuan kepada latihan mengambil sepakan penalti menjelang pertemuan menentang Malaysia dalam separuh akhir Kejuaraan AFF Bawah 18 (B-18) esok, malah menganggap pasukan negara pencabar terkuat meskipun menutup kempen Kumpulan B dengan kekalahan 0-1 kepada Thailand semalam.
Pengendali Garuda Muda, Fakhri Husaini berkata, kekalahan Malaysia kepada Thailand disebabkan kesilapan individu, dan beliau percaya skuad bim­bingan Brad Maloney itu amat kuat, terutama selepas menewaskan Australia 3-0.
Beliau mempersiapkan pa­sukannya untuk sebarang kemungkinan, terutama selepas dikecewakan menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 ketika menentang Malaysia pada separuh akhir tahun lalu.
“Ia (latihan mengambil sepakan penalti) sangat penting ke­rana memasuki separuh akhir, perlawanan tidak semestinya ditentukan pada waktu sebenar permainan,” katanya yang dipetik dalam Kompas.com.
Menurut Fakhri lagi, selain persediaan mengambil penalti, pasukannya juga tidak menjalani latihan penuh di Binh Duong, Vietnam hari ini untuk memastikan mereka cukup cergas menjelang seoaruh akhir.
“Kami kena minimumkan penggunaan tenaga bagi memastikan pemain cergas sepenuhnya kerana perancangan kami adalah menyerang secara berterusan untuk memberi tekanan kepada penjaga gol lawan,” katanya lagi.
Menurut Fakhri, pasukannya juga bernasib baik memiliki rehat sehari berbanding Malaysia dan bersedia memburu keputusan terbaik dalam perlawanan esok.
Indonesia mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A selepas menang empat dan seri satu daripada lima perlawanan mereka. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan