Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 29 Ogos 2019

FAM teruja falsafah, tradisi Tokyo FC


DELEGASI Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini didedahkan kepada falsafah, tradisi dan prinsip asas kewujudan Tokyo FC serta kaedah kerjasama dengan komuniti dan sekolah dalam memastikan pembangunan bola sepak kekal berterusan di sekitar ibu kota Jepun itu.
“Lawatan ke Tokyo FC ini menunjukkan betapa pentingnya kelab mempunyai falsafah tersendiri yang selari dengan misi dan visi badan induk.
“Tokyo FC mempunyai identiti, tradisi, prinsip asas penubuhan dan falsafah pembangunan pemain serta DNA yang jelas untuk dikongsi bersama semua pemegang taruh. Ini yang harus ada dengan ahli gabungan FAM serta program pembangunan belia seperti NFDP,” kata Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Selepas taklimat hampir dua jam yang diberikan Pengurus Strategi Belia dan Jabatan Pembangunan Tokyo FC, Takashi Okuhara dan Pengurus Jabatan Perakaunan dan Perancangannya, Nobuki Kobayashi, delegasi FAM dibawa melawat Stadium Ajinomoto yang juga menjadi gelanggang Tokyo FC dikongsi bersama Tokyo Verdy, kelab divisyen dua.
Tokyo FC yang ditubuhkan pada 1935 dengan nama Tokyo Gas Soccer Club kini mendahului divisyen satu Liga J dan dibimbing Kenta Hasegawa. Antara nama besar yang pernah menyarung jersi Tokyo FC ialah Yuto Nagatomo dan Yuichi Doi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan