Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 28 Ogos 2019

Delegasi FAM hargai bantuan JFA

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin. NSTP/Owee Ah Chun.
KUALA LUMPUR: Usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membangunkan bola sepak negara terus mendapat sokongan positif daripada Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) seperti yang dipersetujui kedua-dua badan induk berkenaan.
Perjanjian Persefahaman (MoU) ditandatangani kedua-dua belah pihak April lalu dan komitmen itu diteruskan menerusi lawatan kerja delegasi FAM ke Jepun selama lima hari bagi meneruskan perbincangan lanjut.
"Lawatan di JFA House ini membuka ruang pembangunan mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama termasuk kem latihan skuad kebangsaan, pendidikan kejurulatihan, pembangunan pengadil, pembangunan teknikal dan belia, pembangunan akar umbi, bola sepak wanita dan futsal serta jalinan hubungan kerajaan.
"Selepas pembentangan kertas kerja dan perbincangan dua hala ini, FAM berharap dapat memuktamadkan beberapa elemen permuafakatan untuk JFA membantu FAM menambah baik prestasi
pemain secara individu dan kelompok pemain secara berpasukan.
"Pertemuan dua hala ini sangat terbuka dan telus di mana kedua-dua negara berbincang mengenai cabaran sedia ada, kekuatan dan kelemahan serta idea-idea yang boleh dijadikan panduan kepada pembangunan bola sepak di peringkat tempatan," kata FAM.
Delegasi FAM ke Jepun diketuai Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin atas jemputan rakan sejawatannya di JFA, Kohzo Tashima.
Menurut FAM, kesediaa JFA membantu FAM jelas satu perkembangan positif yang perlu dimanfaatkan badan induk bola sepak negara sekali gus memastikan perkembangan sukan itu ke peringkat lebih baik.
"FAM menghargai ketelusan JFA yang membincangkan hala tuju dan cabaran membangunkan bola sepak di negara itu secara telus," katanya.
Delegasi FAM turut disertai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Redzuan Shafi.
"Delegasi FAM juga dimaklumkan pembangunan akar umbi di Jepun tiada had usia bagi memastikan setiap golongan dan lapisan masyarakat diberi ruang menikmati bola sepak dalam pelbagai bentuk seperti pesta bola sepak kanak-kanak dan bola sepak berjalan atau 'walking football'," tambah FAM.
Selain perbincangan dua hala, delegasi FAM turut dibawa ke Muzium bola sepak JFA yang mempertontonkan sejarah serta pencapaian bola sepak Jepun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan