Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 4 April 2019

FAM 'siasat' butiran Chukwubunna


IMPIAN penyerang berbisa UKM FC, Michael Chukwubunna untuk mengikut jejak Mohamadou Sumareh sebagai tonggak naturalisasi kedua negara semakin hampir apabila pegawai daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ada berjumpanya kelmarin.
Difahamkan, pegawai FAM daripada kumpulan teknikal naturalisasi badan induk itu datang menemui pemain kelahiran Nigeria itu bagi mendapatkan butiran peribadi selain sesi soal jawab untuk mengetahui mengenai hasratnya menyarung jersi skuad Harimau Malaya.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang ditemui pada Taklimat Media Laporan Pertama Hala Tuju atau Roadmap F:30 di Wisma FAM semalam mengesahkan pertemuan itu dan ia bagi mendapatkan maklumat penjaring terbanyak Piala Cabaran musim lalu itu.
“Saya tahu ada perjumpaan secara tak rasmi berlangsung semalam (kelmarin). Banyak hal kita kena semak dulu macam kriteria seperti dia duduk di Malaysia lebih lima tahun atau isu lain seperti kes jenayah.
“Unit di FAM akan lihat kriteria berkenaan adakah ia ikut FIFA sebelum boleh dia jadi Sumareh 2.0 atau tidak,” katanya kepada pemberita semalam.
Menerusi laporan ekslusif Arena Metro yang bertajuk Sumareh 2.0 pada 14 Mac lalu, Michael menyatakan hasrat untuk menjadi pemain naturalisasi dan mengakui layak kerana sudah berada di negara ini lebih daripada lima tahun, malah turut mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan yang berasal dari Sarawak.
Justeru, syarat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kepada setiap pemain naturalisasi yang tiada pertalian darah iaitu perlu menetap sekurang-kurangnya lima tahun sebelum dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan sebenarnya lebih daripada mencukupi buatnya bergelar pemain negara.
Jelas Stuart, biarpun ada pihak yang mempertikaikan pemilihan Micheal sebagai calon pemain negara ekoran umurnya yang sudah mencecah usia 30 tahun, ia bukan satu masalah sebaliknya pemilihan adalah berdasarkan prestasi semasa dan keikhlasannya.
“Itu bukan masalah kerana Cristiano Ronaldo (berusia 34 tahun) pun masih boleh bermain. Apapun, ia terpulang kepada jawatankuasa pemilihan termasuk Tan Cheng Hoe kerana beliau adalah pengendali pasukan,” katanya.
Sebelum ini, Sumareh yang berasal dari Gambia muncul pemain naturalisasi asing pertama menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan