Datuk Seri Azzuddin Ahmad.
PETALING JAYA 4 April - Datuk Seri Azzuddin Ahmad telah melengkapkan tempoh perkhidmatannya selaku Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) ketika Kongres Ke-29 yang berlangsung di Siem Reap, Kemboja baru-baru ini.
Azzuddin yang juga Setiausaha Agung AFF ketiga selepas Datuk Seri Paul Mony Samuel dan Dr. Johnny J. L. M, telah berkhidmat untuk badan induk bola sepak Asia Tenggara itu selama tujuh tahun.
“Masa saya bersama AFF adalah satu pengalaman yang amat menakjubkan dan ia akan kekal sebagai memori manis.
“Kini AFF telah berada dalam kedudukan yang lebih baik, terima kasih kepada sumbangan semua,” kata Azzuddin.
Pihak AFF akan membuat pengumuman pelantikan Setiausaha Agung yang baharu dalam masa terdekat ini. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan