Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 25 Mac 2019

Tan Cheng Hoe garis kriteria yang perlu ada kepada pemain naturalisasi


Ketua Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengakui bahawa Harimau Malaya masih memerlukan pemain naturalisasi dalam jangka masa yang pendek bagi meningkatkan mutu permainan.
Malaysia sebelum ini telah menjadikan pemain kelahiran Gambia, Muhamadou Sumareh sebagai pemain naturalisasi pertama negara dan beliau telah membuat penampilan di pentas Piala AFF Suzuki tahun lalu sehingga membawa skuad negara ke pentas akhir.
Justeru, Cheng Hoe merasakan kriteria yang perlu ada dalam pengambilan pemain naturalisasi adalah kemampuan individu tersebut menyesuaikan diri dalam perancangan pasukan termasuk tidak bersikap besar kepala.
Memetik kata-kata beliau kepada Berita Harian, “kita masih ada ramai pemain berbakat untuk masa depan dan paling penting kita perlu percayakan bakat yang mereka ada. Untuk jangka masa pendek, kemungkinan kita ambil pemain naturalisasi.
“Memang kalau (ada) naturalisasi, ia boleh membantu pasukan tetapi pemain itu perlu serasi dengan pasukan dan tunjukkan sikap yang baik kepada pemain lain. Mereka perlu jadi contoh kepada pemain lain terutamanya pemain muda.
“Terpulanglah kepada FAM. Tetapi untuk jangka masa panjang, kita perlukan pemain kita sendiri (tempatan),” katanya.
Beliau juga mengulas lanjut peluang negara yang bakal beraksi di playoff kelayakan Piala Dunia 2020.
“Keseluruhannya, yang penting kita kena tahu corak permainan yang kita mahukan kerana setiap perlawanan adalah berbeza.
“Untuk playoff, ia mungkin dilangsungkan ketika puasa atau pun raya, Jadi saya harap pemain kekal fokus untuk menghadapi perlawanan itu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan