Menjelang perlawanan hidup mati bertemu skuad China dalam kempen kelayakan AFC B-23 malam esok, pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menggesakan rakan sepasukannya supaya memberi tumpuan sepenuhnya untuk memastikan tiket beraksi di pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di Thailand tahun depan menjadi milik negara.
Selepas mengharungi dua perlawanan, skuad negara berkongsi enam mata dengan China, namun berada di tangga kedua berdasarkan perbezaan jaringan gol.
Menurut Safawi, dengan kehadiran ramai penyokong, sudah pasti dapat membangkitkan semangat barisan pemain negara dan pada masa sama, mampu ‘menakut-nakutkan’ China yang dibimbing jurulatih berpengalaman dari Belanda, Guud Hiddink.
“Kami satu pasukan akui aksi bertemu Laos sebelum ini kurang memuaskan. Jadi, kami amat berharap sewaktu bertemu China (malam ini) kami akan beraksi lebih baik daripada sebelum ini.
“Kalau boleh kami mahu layak ke pusingan akhir di Bangkok tahun depan. Nak kata optimis atau tidak, bagi saya, kita mempunyai sedikit kelebihan berbanding China kerana beraksi di laman sendiri dan di hadapan penyokong sendiri.
“Apa pun, kami satu pasukan mengharapkan penyokong dapat memenuhi stadium dalam perlawanan itu nanti kerana bagi kami, aksi bertemu China ini ibarat seperti final. Jadi, kami perlukan sokongan padu anda semua,” katanya dalam Sinar Harian.
Add caption |
Sementara itu, penjaga gol negara, Haziq Nadzli berharap barisan pertahanan mengekalkan disiplin yang tinggi untuk mengelakkan gawangnya mudah dibolosi pemain China yang sudah merekodkan 13 gol dalam dua aksi awal sebelum ini.
“Setakat ini, kita tiada perancangan apa-apa (bertemu China), tetapi kami sebagai satu pasukan akan menekankan aspek kerjasama dan berdisiplin sepanjang permainan.
“Seperti kita tahu, atas kertas nama China lebih besar berbanding pasukan negara, namun itu semua hanya akan ditentukan dalam perlawanan (malam ini). InsyaALLAH kami akan cuba berikan sehabis baik,” katanya.
Ditanya sama ada dia optimis mampu mengekalkan rekod tanpa bolos dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam ini, Muhammad Haziq enggan terlalu memikirkan soal itu.
“Saya bersyukur dua perlawanan sebelum ini kami masih mengekalkan rekod tanpa bolos. Namun, sejujurnya saya masih belum berpuas hati dengan permainan saya kerana masih ada banyak kekurangan. Apa pun saya akan cuba memberikan yang terbaik,” katanya dalam Sinar Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan