Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 23 Mac 2019

Sumareh harapkan sokongan peminat

SUMAREH sedar aksi menentang Afghanistan bukan suatu yang mudah

SUMAREH sedar aksi menentang Afghanistan bukan suatu yang mudah dan Harimau Malaya memerlukan sokongan peminat di stadium untuk memburu kemenangan pada aksi tersebut.
PEMAIN naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh menyeru agar rakan-rakan sepasukan bangkit daripada kekecewaan dengan menewaskan Afghanistan pada penentuan tempat ketiga Piala Airmarine 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Bagaimanapun, Sumareh mengakui sukar untuk pasukan mendapatkan semula tempo kemenangan sekiranya beraksi tanpa kehadiran penyokong setia Harimau Malaya seperti yang dialami pada aksi pertama ketika tewas 0-1 kepada Singapura Rabu lalu.

“Kita perlu segera melupakan kekalahan kepada Singapura dan bangkit semula pada pertemuan menentang Afghanistan esok (hari ini). Ia bukanlah perlawanan yang mudah, namun jika semua pemain bekerja keras, kemenangan sudah tentu boleh dicapai.
“Lebih manis sekiranya pasukan dapat beraksi pada perlawanan esok di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri seperti yang dialami ketika Piala AFF Suzuki sebelum ini.
“Justeru, saya harap penyokong dapat hadir memeriahkan perlawanan kerana kehadiran mereka dapat memberi suntikan semangat tambahan buat pemain dalam misi memburu kemenangan moral,” katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya semalam.
Sebagai rekod, gelanggang keramat Harimau Malaya, Stadium Nasional, Bukit Jalil dilihat terlalu sunyi apabila hanya 4,000 orang peminat sahaja hadir ekoran keputusan sebilangan besar penyokong untuk memboikot Piala Airmarine 2019 atas sebab-sebab peribadi.
Sementara itu, pemain tengah skuad Harimau Malaya, Abdul Halim Saari berharap dapat diturunkan sekali lagi pada aksi bertemu Afghanistan selepas meraih caps antarabangsa pertamanya ketika tewas kepada Singapura sebelum ini.
“Saya teruja dapat menyarung jersi Harimau Malaya buat pertama kali dan ia adalah detik yang cukup istimewa. Namun, saya tidak ber­puas hati kerana keputusan tidak memihak kepada kami tetapi saya positif pasukan dapat bangkit pada aksi bertemu Afghanistan,” katanya. - K! ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan