Turut mempertahankan jawatan ialah dua Timbalan Presiden PJBM, Datuk Ong Kim Swee dan Zainal Abidin Hassan Ali yang memperoleh 120 dan 118 undi mengatasi seorang lagi calon pencabar, Raja Isa Raja Akram Shah (52 undi).
Tiga daripada Naib Presiden PJBM iaitu Dali Wahid, Datuk Richard Scully, Aminuddin Hussein turut menang tanpa bertanding dan mengekalkan jawatan masing-masing di samping muka baharu, Dr. Zulakbal Karim.
Tiada pertandingan bagi jawatan No. 1 PJBM apabila pencabarnya, Reduan Abdullah menarik diri manakala Ismail Zakaria turut mengundur daripada merebut satu daripada dua kerusi Timbalan Presiden.- UTUSAN ONLINE