Presiden FAM beri sokongan moral ketika Harimau Malaya menewaskan Afghanistan
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, menghulurkan sokongan moral apabila hadir menyaksikan Harimau Malaya menewaskan Afghanistan 2-1 pada perlawanan tempat ketiga dan keempat Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Bukit Jalil, petang tadi.
"Tahniah saya ucapkan kepada Harimau Malaya kerana berjaya membuktikan mereka mampu bangkit dengan menewaskan Afghanistan.
"Setidak-tidaknya skuad negara bangkit menebus kecewa selepas tewas kepada Singapura pada Rabu lalu,” kata Dato’ Haji Hamidin.
Turut sama menyaksikan perlawanan ialah Setiausaha Agung Stuart Ramalingam dan barisan ahli exco FAM.
Malaysia menewaskan Afghanistan menerusi jaringan Faiz Nasir pada minit ke-40 manakala gol kemenangan hasil dari pada minit ke-84 menerusi jaringan sendiri pertahanan Afghanistan, Abassin Alikhil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan