Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 23 Mac 2019

Kelayakan AFC B-23: Jumlah Jaringan Tetap Memainkan Peranan Yang Penting


Disebalik kejayaan menundukkan Filipina 3-0 dalam aksi pertama kempen kelayakan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, semalam, pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui sedikit kecewa apabila barisan serangan gagal menyudahkan beberapa peluang keemasan untuk mendapatkan jumlah jaringan yang besar.

Malah, Kim Swee turut mengakui selain 3 mata penuh, jumlah jaringan juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan tiket beraksi di pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di Thailand menjadi milik negara tahun depan.
“Banyak peluang yang kami cipta tetapi tidak disempurnakan. Itu sedikit mengecewakan dan kami perlu ambil iktibar. Semua penyerang harus boleh menjaringkan gol kerana ia akan menjadi jurang yang sangat penting.
“Kalau kita tidak dapat mencatat kemenangan dengan jumlah gol yang besar, sekurang kurangnya kita dapat mengutip mata penuh dahulu.
“Kita sememangnya memerlukan kemenangan dan keputusan ini memberikan satu permulaan yang positif kepada kita walaupun bahagian penyudah mengecewakan kita daripada menghasilkan lebih banyak gol,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.
Nik Azli Nik Alias merembat kencang untuk mendapatkan jaringan ketiga negara. FOTO: FAM
Justeru itu, Kim Swee memberi amaran kepada anak buahnya agak ‘tidak lagi main-main’  dalam perlawanan kedua menentang Laos esok dan berharap mereka dapat menyempurnakan setiap peluang yang terhidang.
“Bagi aksi bertemu Laos, tiada bezanya dengan aksi malam ini (semalam) namun kita perlu pastikan setiap peluang dapat menghasilkan gol.
“Saya juga mengharapkan pemain dapat bangkit khususnya jentera serangan di mana mereka perlu menjadi bertambah efektif dan memberi impak buat pasukan.
“Ada beberapa pemain yang mengalami kecederaan dan saya perlu teliti sama ada serius ataupun tidak. Semuanya bergantung kepada situasi pada sesi latihan esok (hari ini),” katanya.
Selepas perlawanan menentang Laos, skuad negara akan membuat penghitungan dengan pencabar terkuat, China yang dikendalikan oleh jurulatih terkemuka dunia, Guus Hiddink pada hari Selasa ini di Stadium Shah Alam.
Juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama tuan rumah, Thailand manakala hanya empat/lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan