Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 18 Mac 2019

Penyokong dah boleh beli tiket


PENYOKONG pasukan Harimau Malaya sudah boleh mendapatkan tiket Piala AirMarine 2019 di Kaunter Tiket Pintu C, Stadium Nasional, Bukit Jalil (berhadapan Pusat Akuatik Nasional).
Kaunter berkenaan sudah pun dibuka mulai jam 11 pagi tadi hingga 6 petang hari ini.
Kaunter tiket yang sama di Pintu C itu turut dibuka esok, Selasa (19 Mac 2019) dari 11 pagi hingga 6 petang.
Bagi hari perlawanan pada Rabu ini, kaunter tiket akan dibuka di Pintu A, C dan E dari 10 pagi hingga 10 malam.
Tiket berharga RM45 bagi tempat duduk Grandstand, RM35 tempat duduk Terbuka dan RM25 bagi pelajar berumur 7 hingga 18 tahun adalah untuk menyaksikan dua perlawanan pada hari sama.
Perlawanan pertama kejohanan Rabu ini menyaksikan Oman bertemu Afghanistan pada 4.30 petang.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan menentang Singapura pada 8.45 malam.
Perlawanan hari kedua kejohanan (Sabtu) akan menyaksikan penentuan tempat ketiga dan keempat pada 4.30 petang manakala final 8.45 malam.
Tiket perlawanan Sabtu juga sudah boleh dibeli di kaunter bermula hari ini.
Namun, peminat sukan nombor satu itu boleh juga menggunakan alternatif lain untuk membeli tiket menerusi atas talian di www.proticket.com.my dengan dua pilihan, sama ada mahu menebus tiket fizikal di kaunter stadium pada hari perlawanan atau pun menggunakan Kod QR yang diberikan selepas pembelian untuk kemasukan terus ke dalam stadium.
Semua kemasukan ke stadium bagi perlawanan Piala AirMarine 2019 menggunakan Kod QR yang terdapat pada tiket dibeli di kaunter atau pembelian menerusi atas talian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan