PENYERANG muda negara, Akhyar Rashid meraikan jaringan pertamanya bersama rakan sepasukan ketika aksi separuh masa pertama menentang Filipina dalam Kelayakan AFC B-23 di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.
KUALA LUMPUR 22 Mac- Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara bermula garang pada babak pertama apabila berjaya mendahului Filipina 2-0 dalam aksi Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Stadium Shah Alam, malam ini.
Dengan sokongan padu Ultras Malaya, nyata menyuntik semangat anak buah Datuk Ong Kim Swee yang melancarkan serangan bertali arus ke kubu Filipina sebaik sahaja perlawanan bermula.
Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid hanya memerlukan empat minit untuk menghasilkan gol pertama Malaysia apabila bijak melakukan rembatan dalam kotak penalti.
Akhyar terus mempamerkan ketajaman di depan gol, apabila meledakkan gol kedua pada minit ke-31 sekali gus meletakkan pasukan remaja negara selesa mendahului 2-0 untuk aksi babak pertama. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan