Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 23 Mac 2019

Laos merendah diri

PENYERANG China, Yang Liyu meledak dua gol ketika membantu pasukannya

PENYERANG China, Yang Liyu meledak dua gol ketika membantu pasukannya membelasah Laos 5-0 di Stadium Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Muhamad Iqbal Rosli

KUALA LUMPUR 23 Mac - Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) Laos, V. Sundramoorthy lebih selesa melihat anak-anak buahnya dilabel sebagai pasukan bukan pilihan menentang Malaysia dalam aksi kedua Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, esok.
Singapura dibelasah 0-5 oleh China dalam aksi pertama kejohanan di venue yang sama semalam dan jurulatih dari Singapura itu berkata dia perlu mengkaji corak permainan Malaysia untuk mengubati kekecewaan yang dialami pasukannya.
“Perlawanan seterusnya pasti berbeza. Pemain mempunyai fizikal lebih kurang sama cuma taktikal pasukan menjadi perbezaan. Malaysia pasukan pilihan untuk perlawanan esok dan selepas dibelasah saya fikir kami pasukan underdog,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Shah Alam, semalam. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan