Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 19 Mac 2019

Koeman yakin Oman juara


KETUA jurulatih Oman, Erwin Koeman menyasarkan untuk menjuarai Piala Airmarine yang bermula esok di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Warga Belanda berusia 57 tahun yang mengambil alih pasukan Al-Ahmar selepas peletakan jawatan rakan senegaranya Pim Verbeek, meletakkan harapan tinggi pemainnya mampu mencontohi pencapaian terakhir mereka di Piala Asia 2019.
“Pada saya, kejohanan ini amat penting bagi menilai prestasi setiap pemain dalam dua perlawanan yang akan kami sertai, disebabkan saya tidak mengetahui banyak mengenai pemain saya, kerana baru lima hari mengambil alih jawatan ini daripada kawan saya Verbeek.
“Tiada alasan untuk saya, saya suka pasukan saya menang kejohanan ini, sama seperti pasukan lain termasuk Afghanistan. Kami perlu ada mentaliti kemenangan dan kami ke sini untuk menang piala ini,” katanya pada sidang media prakejohanan di Petaling Jaya, hari ini.
Sementara itu, ketua jurulatih Afghanistan, Anoush Dastgir berkata, Piala Airmarine menjadi antara platform menilai prestasi pemainnya sebelum mengambil bahagian pada kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 yang bermula Jun.
“Kami anggap kejohanan ini amat penting, kerana ia menawarkan mata untuk ranking FIFA. Kami senaraikan pemain terbaik kami dan kami memang menunggu perlawanan menentang Oman esok,” katanya.
Anoush berkata, pemainnya menjalani dua latihan pusat di Turki selain bermain dalam lima perlawanan persahabatan sebelum menyertai Piala Airmarine.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan