Tindakan itu diambil selepas mereka mendakwa Harimau Malaya dieksploitasi untuk tujuan mengaut keuntungan.
“Piala Air Marine hanyalah satu perlawanan persahabatan kelas A yang memberikan mata FIFA sebagai aksi persahabatan.
HANTARAN Ultras Malaysia dalam Facebook mereka semalam.
HANTARAN Ultras Malaysia dalam Facebook mereka semalam. 




“Persoalannya mengapa dan apa rasionalnya penganjur ProEvents mengenakan tiket yang melebihi harga perlawanan persahabatan biasa iaitu RM20?.
“Sedangkan Piala AFF pun RM30 untuk peringkat kumpulan, satu kejohanan peringkat rantau ASEAN yang juga memberi mata sama dengan persahabatan kelas A,” kata Ultras Malaya dalam Facebook.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menegaskan harga tiket yang dikenakan adalah bagi menanggung kos penganjuran.
“ Dari sudut komersial, FAM perlu memaksimumkan nilai skuad kebangsaan bagi menjana pendapatan dan mencari sumber kewangan untuk disalur semula dalam bentuk pembangunan.
“Bagi Piala Marine, ProEvents sebagai promoter mengambil risiko menganjurkan kejohanan dengan mencari sumber sendiri dan menanggung kos operasi penganjuran membawa masuk tiga negara ke Kuala Lumpur.
“Sebelum ProEvents meraih keuntungan, mereka perlu menampung kos yang dibelanjakan bagi menjayakan kejohanan ini.
“FAM menerima RM300,000 daripada ProEvents sebagai yuran penganjuran dan menggunakan wang itu untuk membiayai kos operasi, bonus pasukan selain dikembalikan kepada bola sepak menerusi pengurusan pasukan kebangsaan yang lain iaitu bawah 16, B-19, wanita dan juga futsal,” kata Setiausaha FAM, Stuart Ramalingam.