Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 21 Mac 2019

Kim Swee harap penyokong hadir

KIM SWEE (gambar) berharap penyokong hadir memberikan sokongan

KIM SWEE (gambar) berharap penyokong hadir memberikan sokongan kepada pasukannya dalam kelayakan Kejohanan AFC B-23 dalam usaha menyuntik motivasi pemain ketika beraksi di atas padang.- FOTO UTUSAN/AIZZUL A. MAJID

KUALA LUMPUR 21 Mac - Jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee berharap penyokong hadir menyaksikan perlawanan melibatkan Malaysia dalam saingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Stadium Shah Alam bermula Jumaat ini.
Jelasnya, sokongan daripada penyokong amat penting dalam usaha menyuntik motivasi pemain ketika beraksi di atas padang memandangkan saingan tersebut merupakan peluang untuk mereka memburu tiket ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo.
“Setahu saya apabila pasukan B-23 bermain, kita tahu penyokong akan hadir. Sama juga esok, di mana kita perlukan penyokong, yang secara tidak langsung akan memberikan motivasi kepada pemain.
“Ini amat penting, bukan sahaja menentang Filipina esok, tetapi ketiga-tiga perlawanan (Laos dan China). Saya harap penyokong hadri dengan begitu ramai, sekali gus memberikan sokongan padu kepada kami.
“Ini kerana kejohanan ini penting untuk kami melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Jepun,” kata Kim Swee dalam sidang akhbar menjelang pertembungan pertama mereka menentang Filipina di Stadium Shah Alam, esok.
Selain Filipina, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan J turut bakal berdepan Laos Ahad ini serta China dua hari berikutnya.
Juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama tuan rumah, Thailand.
Hanya empat atau lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.
Malaysia melakar sejarah mara ke suku akhir dalam penampilan sulung kejohanan di China, tahun lalu.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan